Popi

Bunga-bunga popi di Tasik Geneva, Montreux, Switzerland.

Popi (Jawi: ڤوڤي) atau bunga madat (Jawi: بوڠا مادت‎)[1] adalah tanaman berbunga dalam subfamili Papaveroideae keluarga Papaveraceae. Bunga ini sejenis tumbuhan herba yang sering ditanam untuk mendapatkan bunga yang berwarna-warni. Satu spesies tertentu dari tumbuhan ini iaitu Papaver somniferum merupakan sumber mentah candu yang mengandungi bahan ubat yang kuat seperti alkaloid seperti morfin yang telah digunakan sejak zaman kuno sebagai analgesik dan narkotik perubatan serta dadah rekreasi. Ia juga menghasilkan benih yang boleh dimakan.

Bungan popi telah menjadi simbol peringatan askar yang telah terkorban sewaktu Perang Dunia Pertama, terutamanya semasa peperangan kubu parit di ladang popi Flanders, Belgium.

  1. ^ Swettenham, Frank Athelstane (1910). "poppy". Vocabulary of the English and Malay languages. Shanghai & Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 94 – melalui Internet Archive.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search